High Court Registry Office
BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pentadbiran.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
- Menjalankan tugas Pentadbiran am bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
- Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
- Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Sivil.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:
- Mahkamah NCVC;
- Mahkamah Unit Saman Pemula;
- Mahkamah Keluarga;
- Mahkamah Pembinaan;
- Mahkamah Rujukan Tanah dan Penggulungan Syarikat;
- Mahkamah Unit Rayuan;
- Bahagian Kebankrapan;
- Bahagian Pelaksanaan;
- Bahagian Surat Kuasa Wakil; dan
- Bahagian Surat Kuasa Mentadbir.
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah dan bahagian sivil.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.
BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH
- Bahagian Jenayah ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Jenayah.
- Unit ini dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar dan bertanggungjawab mengawal selia Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil.1 Tahun 2017.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret Jenayah).
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global untuk semua Mahkamah Tinggi Jenayah Kota Bharu.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.