Skip to main content
Please wait...

Pentadbiran dan Kewangan PTJ

Perkhidmatan/ Pentadbiran

1.   Menguruskan semua urusan perkhidmatan pegawai pelantikan sehingga persaraan.

2.   Penyelenggaraan buku rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

3.   Menyelenggara dan mengemaskini HRMIS bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

4.   Menguruskan dan menyelenggara rekod latihan dalam perkhidmatan pegawai dan kakitangan Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

5.   Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.2, dan disiplin Pegawai/Kakitangan Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

6.   Pengurusan kenderaan Jabatan Mahkamah Negeri Kelantan.

7.   Pengurusan mesyuarat.

8.   Pengurusan penyelenggaraan dan penyediaan alat kelengkapan pejabat dan stor

9.   Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa.

 

Unit Kewangan

1.   Mengawal selia pengurusan kewangan Mahkamah seluruh Negeri Kelantan (bajet/perbelanjaan/emolument/perolehan aset/stor/penyelenggaraan fasiliti).

2.   Mengawal selia pengurusan perakaunan terimaan dan bayaran termasuk akaun amanah/hasil/deposit Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

 

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset

1.   Menguruskan perolehan penyambungan kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan serta senitaman/kontrak perkhidmatan peralatan kelengkapan pejabat/kontrak penyewaan bangunan.

2.   Pengurusan dan peyelenggaraan stor pusat bagi Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

3.   Mengurus dan menyelenggara perolehan aset Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

4.   Menguruskan urusan kelulusan/ pendaftaran/ penilaian semula aset dan urusan pelupusan bagi Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

 

Unit Pembangunan

1.   Mengawal selia fasiliti bagi tujuan penyelenggaraan/pembaikan dan mendapatkan yang baru

2.   Kajian semula keperluan/tambahan fasiliti berpandukan penambahan semasa fungsi bagi Mahkamah seluruh Negeri Kelantan.

 

Unit Perpustakaan

1.   Menerima permohonan pembelian tambahan buku-buku rujukan perpustakaan dari Pustakawan Mahkamah Negeri Kelantan.