MEDIASI
Satu kaedah alternatif bagi menyelesaikan kes yang didaftarkan di Mahkamah tanpa melalui tempoh perbicaraan yang panjang.
CIRI-CIRI
- Kes didaftarkan di Mahkamah Negeri Kelantan
- Tiada yuran pendaftaran
- Pihak-pihak bersetuju dan sukarela mencuba kaedah penyelesaian secara mediasi dan telah mengisi Borang 1 (Form 1).
KELEBIHAN
- Pusat Mediasi Kelantan menyediakan Perantara (Mediator) yang berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes yang memerlukan mediasi.
- Menerusi mediasi, pihak-pihak akan menggunakan masa yang telah ditetapkan untuk mencapai kata persetujuan.
- Proses mediasi tidak formal dan lebih fleksibel. Pihak-pihak akan lebih selesa untuk berbincang.
- Sesi mediasi adalah sulit dan tertutup.
- Sekiranya kes gagal diselesaikan secara mediasi, mediator masih boleh membantu pihak-pihak untuk berkomunikasi bagi mencapai sebahagian daripada penyelesaian (partial solution) atau mengurangkan bilangan isu yang perlu diselesaikan di kamar perbicaraan.
- Kakitangan Pusat Mediasi Kelantan sangat mesra dan bersedia membantu pihak-pihak memudahkan urusan mediasi mereka.