Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Zaman Bin Mohd Noor

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik dan mengemaskini laman web rasmi ini.

Saya melihat laman web ini sebagai wadah yang paling berkesan sebagai media perantaraan kepada orang awam, kerana melalui laman web ini, orang awam boleh mengakses pelbagai maklumat seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System ( CMS ), Sistem Pesuruhjaya Sumpah, sistem E-Aduan dan sistem E-Lawatan.

Semoga para pengunjung mendapat maklumat serta beroleh manfaat dengan melayari laman web kami ini. Selamat melayari Portal Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan dan diharap tuan / puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

ZAMAN BIN MOHD NOOR
PENGARAH
MAHKAMAH NEGERI KELANTAN