Perutusan Pengarah
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Selamat Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik dan mengemaskini laman web rasmi ini.
Saya melihat laman web ini sebagai wadah dan media perantaraan yang berkesan kepada semua warga Mahkamah Kelantan, pemegang taruh dan juga orang awam. Melalui laman web ini, kita semua boleh mengakses pelbagai maklumat seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi Mahkamah-Mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), sistem Pesuruhjaya Sumpah, sistem e-Aduan, sistem E-Lawatan, Pusat Mediasi dan lain-lain.
Semoga para pengunjung mendapat maklumat serta beroleh manfaat dengan melayari laman web kami ini. Selamat melayari Portal Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan. Adalah diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DAZUKI BIN ALI
PENGARAH MAHKAMAH NEGERI KELANTAN