Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Machang.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Kota Bharu bagi urusan reman dibawah Sek. 117 KAJ, Sek. 259 KAJ, Sek. 334 KAJ dan APD.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah Machang.