Skip to main content
Please wait...

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik dan mengemaskini laman web rasmi ini.

 

Saya melihat laman web ini sebagai wadah yang paling berkesan sebagai media perantaraan kepada orang awam, kerana melalui laman web ini, orang awam bolek mengakses pelbagai maklumat seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi Mahkamah-Mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), Sistem Pesuruhjaya Sumpah, sistem e-Aduan dan sistem E-Lawatan

 

Semoga para pengunjung mendapat maklumat serta beroleh manfaat dengan melayari laman web kami ini. Selamat melayari Portal Rasmi Mahkamah Negeri Kelantan dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

TUAN DAZUKI BIN ALI
PENGARAH MAHKAMAH NEGERI KELANTAN